Monday, December 29, 2014

Salah pilih cat

Waaaaa....
 
Stress ke?
Skit la..
Kan makcik cakap nak make over bilik kan ritu.
Nak ngecat.
 
Sabtu tu gi beli cat bagai la.
Tapi impian nak berpastel tak menjadi,
Warna biru tu makin lama makin menggelap.
Waaaa...
Nanes..
Tengah cari idea camner nak tone downkan sikit kegelapan itu.
Antaranya guna frame besar untuk feature wall.
 
 
Or guna warna ke 2 untuk tone down.
 

 
 
Cadar.. langsir nak kena cari yang very terang.
 
Tabahkan hati ini.
Heeee... Emo lak makcik..
 


Wednesday, December 17, 2014

Mengidam.. Idaman.. Master Bedroom

 
Mari kita mengidam.
Nak makover bilik tidur.
Terjatuh cinta dengan bilik Jen ni.
 

Terutama bab cat dinding.
Aduyai.. 2-3 hari ni dok "study" warna-warna pastel untuk bilik.
Bilik sendiri and bilik anak-anak.
 


 
Dan membuatkan ianya sukar sebab taknak melibatkan En Suami.
Nak buat sendiri dari pemilihan warna hingga kerja-kerja mengecat.
Adakah mungkin?
 
Goodluck Lynd.
 
 



Wednesday, November 12, 2014

House Hold Binder 2015 From Susun Atur Sioca

 
Tak tau apa kegunaan Household Binder ni?
Sebenarnya boleh je buat sendiri mengikut keperluan individu.
Boleh refer sini kalau nak tahu lebih pasal Household Binder ni.
 
Step by step dan Link Blog lain.
 
Overall Mengenai Household Binder by Jen
 
Tapi memang sawan tangis kalau tengok plan Jen ni.
Very detail and systematic.
 
So kepada yang nak buat sendiri boleh juga download yang mana ikut keperluan kita dan buat filing cantik-cantik sendiri.
 
 
Makcik Teruja.
Dulu tengok blog Jen je yang buat sekali Puan Fizah kita pun buat dengan selera tempatan.
 
 
Hasil Kerja Puan Fizah
 
 
Cantik ooooo...
Saya dah order dah.
Sesiapa nak boleh hubungi Puan Fizah.
Seronok berkongsi manfaat.
 
 
Bagaimana cara nak beli Home Binder ini?
WhatsApp :: 013-2068411
 
atau emel yuzai_angah@yahoo.com


Monday, October 27, 2014

Baca Blog Yang Menenangkan Jiwa

Wahhhh Status.
Tapi serius..
Memang 2-3 menjak ni macam cacar merba skit.
Ntah la.
RIndu sangat ber HO dulu.
Tapikan... nak redakan keserabutan itu boleh baca blog-blog HO.
Serius..
Baca Beautifulnara memang sesak la..
Cer baca
SusunAturSioca By Fizah dengan Home Binder dia yang memang superb.. Ala2 baca blog Iheart Organizing by Jen.
Aduhaiiii tenangnya..
Kalau baca IHaeat memang lagi lapang.
Rindukan semangat itu.
 
 
Mengidam workstation yang terang.
 
Waaaa.... Jom mengidam..

Friday, October 24, 2014

Kids Bedroom Plan

Wahhhhh.. bukan main lagi bersawang..
Ada je benda dibuat tapi hangin mengupdate tu xder.
Ada gak yang amik gamber before bukan main tapi afternya takder.
Ok.. we talk about latest coming project.
Terdekat lah ni and consider as separuh wajib.
Since tau 3rd pregnancy ni memang kena plan betul-betul nak kena asingkan tempat tidur dengan anak dodet nan 2 ketui tu.
Ok ni list barang yang nak kena sediakan dulu.
 
Ceiling Fan

Consider as wajib no 1.
Sebabnya skarang guna stand fan budak2 dodet tu buat iklan maxis je.
Jerit depan kipas.
Ingat nak beli kipas KDK tu je.
Jimat and tahan.
 
Bed
Dah jumpa 1 kedai ni jual complete set yang ada tempat tido yang bleh sorong tu Rm 600.
Warna putih
Kalau ikea mahal sangat.
Study Set
Ni dah kira optional.
Tapi kesian kt Kaseh guna coffe table nak bt keje.
 
 
 
Curtain

Ni pun optional.
Langsir sekarang agak cacat sedikit.
So nanti tengok la camner.

 
 
Soooo.. ini project october.
Yang tinggal hanyalah semangat supaya mama dapat lepaskan anak tidur sendiri.
Nanti mama rindu nak peluk shium anak.

Friday, July 4, 2014

Cabaran Susun Atur Sioca : Ruang Tamu & Ruang Makan

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan, Salam July.


Kalau blogger atau pengikut bidang susun atur mesti kenal dengan Puan Fizah, pemilik blog susunatursioca.

Blog Puan Fizah memang terkenal dengan DIY Project, Susun Atur yang terancang, planner dan cabaran setiap bulan.

Cabaran yang menjadi medan blogger berkongsi susun atur mengikut tema setiap bulan.
Seronok weeeeeiiii menjelajah rumah orang.
Hahahahaha..
Dapat jumpa blog-blog baru, idea-idea baru.
Dan tiap-tiap bulan mesti ada tajaan hadiah-hadiah yang best2.
Saya pun pernah jadi pemenang salah satu cabaran.

Dan bulan ni turn Ruang Tamu dan Ruang Makan.



Jom ramai-ramai pakat join.
Kena sangat tema nak raya ni.
Orang pakat dok godek ruang tamu dan ruang makan.
Lagi pun sponsor hadiah bulan ni agak "mewah".
Sampai 5 penaja.



Jom kongsi-kongsi idea jom.

Senang je cara nak join.

Step 1 : 
Kongsi entry link anda disini
Entry-entry lama pun tak per.
Share je. 
Tak semestinya entry terbaru.



Step 2 : 
Follow blog penaja-penaja hadiah.

PENAJA 1




PENAJA 4


Done.
InsyaAllah Puan Fizah tak pernah miss untuk komen di setiap entry peserta.
Kagum betul.
So, jom pakat join ramai-ramai.




Dapatkan Buku Mudahnya Mengemas Rumah Sekarang.

Boleh refer sini untuk review.


Harga : Rm 20.00
Penghantaran : Rm 6.00

Boleh Sms/ Wassap : 
Mama Lynd 
0196038353






Wednesday, July 2, 2014

Buku Mudahnya Mengemas - Order July 2014

Assalamualaikum.


Atas permintaan ramai.
Buku Mudahnya Mengemas kini kembali.
Minta maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan yang sebelum ini ada yang nak tapi saya tak dapat nak supply.


Boleh refer sini untuk review.

So saya dah order 20 biji.
Dijangka sampai minggu depan.
So siapa nak pre-order dulu pun boleh saya book.
Siapa cepat dia dapat.

Harga Buku Mudahnya Mengemas Rumah : Rm 20.00
Penghantaran : Rm 6.00

Boleh Sms/ Wassap : 
Mama Lynd 
0196038353

Monday, June 9, 2014

WIsh List - Kids Room

Assalamualaikum.

Serabut sikit.
Sebab..
Nak macam-macam..
Tapi tak tau yang mana nak di utamakan.

Lagipun impian perlu di dokumenkan untuk membuatkan impian semakin hampir dengan kita.

Kid's Room

Kaseh 4 tahun dan Awatif 2 tahun.
Kalau ikutkan dah masa untuk pisah tempat tido.
Tapi maknya ni tak puas peluk cium anak time tido.
Bila jaga tengah malam ada benda nak di peluk.

Tapi bila tnegok bilik bersepah dengan bantal dan selimut.
Rasa macam nak pisah cepat2.

So i kena realisasikan bilik budak2 ni dulu.

Tapi untuk melabur ke barang2 lain benda pertama is air cond.
Keselesaan.
Kalau bilik cantik tapi tak selesa memang tak jalan la misi ni.
Sebeb tu tak gerak sebab memang nak melabut untuk air dulu baru boleh move to yang lain-lain punyer barang.

I Can Get It By this year.

Inspirasi / Idea Bilik Anak Perempuan
I nak combination Green and Pink.
Not too greenish and too pinky.




List To Buy

Air Conditioner
Ceiling Fan
Bed
Painting
Built In Wardrobe

Kita tulis dulu.
Impian akan jadi lebih dekat.

Love You.

Thursday, June 5, 2014

Jom Kemas-Kemas Mainan Anak

Assalamualaikum.
Selamat datang Syaaban.
Semoga Ramadhan sempat ku sambut.

Entry takder apa sangat.
Just nak share kemas-kemas spontan last weekend night.
Kalau citer pasal mainan anak ni.
Memang gerun.
Pantang nampak elok sikit, mesti dipunggah.
Bagaikan satu dosa mainan tu tersusun elok,
dan bagaikan kepuasan tidak terhingga bila mainan tu di tunggang terbalik.
Dan di biarkan berlonggakan.
Ouhhh anak..

Nak susun elok-elok macam bilik Qaleef Aty Fareed ni?


Boleh.
Tapi lepas susun, tutup pintu, kunci.
Gerenti kemas sampai bila-bila.

Sebab dah mati kutu tak tau nak susun camner.
Sudahnya sorok.
Letak mainan skit2 je.
Pastu kemas store jumpa la kotak2 mainan tu.
Rasa macam nak buang je semua.
Tapi macam tak kanak-kanak plak rumah kalau takde mainan.
Kang tiba2 nak guna melilau cari.
(So far tak pernah lagi jadi keadaan cari mainan ni)

So memandangkan tak bleh tido.
Saya keluarkan semua mainan.





Sorting yang mana nak buang and nak simpan.
Then letak dalam kotak ikut kategori.
Dan taknak letak dalam banyak2 kotak saya guna 1 kotak tapi buat partition.


Siap.
Letak balik dalam store.
Hehehehe..
Kejam punyer mak.

Tak dapat mainan, dipunggah pulak baju lama.
Takper la nak.
Mak redha.

Tuesday, May 6, 2014

Baju Kurung Moden Lace Buat Hari Raya!

Assalamualaikum..

Terasa macam lari topic dari Home Organising.
No..no..no..

Tahukah anda bahawasanya, managing your budget also include in your HO.
Saya memang ada 1 sistem pasal managing budget ni.
Nantilah saya sharing is caring with korang.

Tapi kali ni nak citer bahawasanya, budget bulan ni saya dah peruntukan untuk baju raya.
Cer gi tanya mostly kedai jait.
Ada yang dah tak terima tempahan untuk baju raya tau.

Nanges makcik.
Sooo..

Makcik ni google-google la kedai online yang menarik yang mungkin boleh dilaburkan untuk baju raya nanti.

Rambang mata.
Tapi yang paling menangkap mata ni hah..

Baju Kurung Moden Lace.





Baju kurung moden lace adalah antara hasil rekaan yang lebih moden. 
Baju kurung moden lace kini dilihat sebagai antara baju Muslimah yang sering menjadi pilihan dalam kalangan wanita di Malaysia. Dress Muslimah ini dilihat sangat sesuai untuk digayakan ke majlis seperti kenduri kahwin, majlis makan malam malah untuk ke pejabat juga.

Adalah tidak lengkap jika anda tidak mempunyai kurung moden lace ini di dalam koleksi pakaian anda. Ianya bukan sahaja popular dalam kalangan wanita Melayu malah mereka yang berlainan bangsa turut memakainya atas sebab selesa dan stylish untuk digayakan. Selain itu Muslimah dress ini juga senang digayakan tanpa perlu dipadankan dengan aksesori yang banyak. Sekadar shawl atau tudung bagi mereka yang berhijab, bersama dengan shoulder bag atau clutch untuk gaya elegant dan fresh.




Kini terdapat banyak koleksi baju kurung lace wanita yang boleh didapati secara atas talian melalui online shop. Shopping online adalah jawapan terbaik buat mereka yang tiada masa atau terlalu sibuk dengan kerja untuk keluar membeli-belah. Malah beli secara online lebih menjimatkan masa dan wang anda. Layari website Zalora Malaysia untuk dapatkan maklumat koleksi baju kurung moden wanita terkini. Mereka juga menyediakan baju kurung moden lace daripada jenama dan pereka terkenal seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Syaiful Bahrim, First Lady dan Ethnic Chic. 

Banyak pilihan.
Tu yang saya suka.
Yang terang, yang labuh, yang tradisional yang moden.
Semua ada.
Memang rambang mata.

Online store terbesar dan terbaik di Malaysia

Monday, April 28, 2014

Make Over : Ruang Keluarga

Assalamualaikum..
Wahhhh...
Lama betul entry ni terperuk kat sini.
Kenapa?
Sebab konon nak tunggu complete dulu.
Tapi dah dekat sebulan menunggu sehingga make over terakhir last month, nampak macam takder perkembangan je, nampaknya saya launch juga la entry ni.
Di samping bersempena cabaran di Susun Atur Sioca, bertemakan ruang keluarga.
Cabaran ni dah hampir 2 bulan berlangsung.
And last minit baru join, and even i cannot wait for next cabaran.

Ok..
Dah habis intro.

Saya pernah cerita mengenai ruang keluarga ni di entry sebelum ni.

Dan sealiran dengan keperluan keluarga dan kami suami isteri,
make over telah dilancarkan oleh SUAMI saya.
Love u en Suami.

Ada la beberapa sesi berborak mengelangi ruang ni.
Dan beberapa issue timbul.

1. working table ada 1 dan laptop ada 2. everytime saya nak guna saya kena alih laptop en suami dan begitulah sebaliknya.

2. Saya mula berbisness, so saya perlu ruang yang cukup dan selesa untuk stok barang dan filing. So sangat perlukan arrangement yang baik untuk SOHO.

Disebabkan 2 isu ni bermula lah sesi borak.
Dah borak2, beli barang sikit, esok balik keje ruang ni berubah rupa.
Terharu sebab en Suami buat semua sorang2.
Alihkan perabot dan susun balik.
Kalau harap saya yang buat memang berbulan lah siap.

So mesti gambar before after lah yang best.

SEBELUM


SELEPAS



Rak yang dialihkan kedudukannya.
Kenapa?

Bagi menempatkan 2 working table.

Closed up skit.
Tak cantik.
Tapi cukup praktikal untuk kami.
Just printer jauh dari meja saya.

Dan satu perkara yang tak termasuk dalam topik borak kami adalah :


Rak yang tergantung tu.
Bila masa En Suami terfikir nak buat gitu.
Bila naik je di hari kejadian, tersengeh je la.
Di ambil rak dalam bilik anak.
Redha je lah.

Satu lagi yang tak termasuk dalam topic pebincangan adalah :

Before

 (Abaikan kesepahan atas rak)
Tempat TV kat sebelah atas dan 1 rak terpaksa dikorbankan disebabkan oleh tinggi TV terlebih sikit dan xbleh masuk ngam-ngam.

Tapi atas kebijaksanaan En Suami ku,
keadaan rak tu sekarang macam ni.



TV diturunkan.
Dan En Suami modified sikit rak tu supaya rak lama masih boleh digunakan.
Part ni yang makcik paling suke.
Lebih ruang untuk letak stok barang.

Suka sangat.
Macam 10 masalah boleh selesai dengan 1 idea hebat En Suami ku.
semua ni dia buat semasa saya pergi keje.
Rasa macam sayang mencurah-curah kat En Suami.

Sekarang ni ruang ni sangat praktikal.
Kalau 1 ketike dulu boleh dikatakan ruang ni hanya jadi laluan kami ke bilik tidur pada waktu malam, tapi sekarang 70% familly time kami adalah disini.
Suke sangat.

Kalau ikutkan impian makcik Lynd ni nak letak sofa panjang nak tutup skit laluan ke toilet, nak white working station, nak karpet, nak macam-macam lah.
Tapi ditahan dulu demi kepentingan lain.
So far ruang ni dah cukup berharga.

Beberapa improvement sedang difikirkan.
Antaranya :
Wire yang berselirat ni.
Kedudukan printer.
Hiasan dinding.

So kalau ada perkembangan saya update dari masa kesemasa.

Pesanan saya,
Jangan limitkan diri anda untuk organise rumah anda disebabkan bajet atau rumah sewa.
Kerana disebabkan 2 faktor itu jugalah yang menyebabkan HOME ORGANISING itu berfungsi.

Love You Sista.

Monday, April 21, 2014

Cuci-cuci : Bilik Air

Assalamualaikum.
Bilik Air..
Lama betul tak cuci-cuci dengan serius.
Kat rumah ni ada 3 tandas / bilik air. 
Yang fully utilize hanya 2 kot.
1 atas dan 1 bawah.


Ini adalah bilik air bawah.
Mostly tempat berkubang anak.
Tempat mandi anak2 bila waktu pagi.

So keadaannya BEFORE


 Lihatlah bertapa.. ermmmm.. tak malunya Mama Lynd ni.
Bekas-bekas kosong tu anak2 buat main masa berkubang.
Dengan ubat gigi, batol sabun kosong, ubat gigi lama, sabun yang belom di refill,


Dan ini AFTER.





Lapang.
Banyak benda yang boleh dibuang sebenarnya.
Dan sabun2 diletak tempat tinggi supaya tak berlaku pembaziran oleh anak-anak.

Dan ini keadaan bilik air atas.
Digunakan kami sekeluarga merangkap tempat berkubang no 2 anak-anak.

Dan ini BEFORE



Keadaan hampir sama dengan dibawah.



Dan ini AFTER






Lapang.
Bilik air rumah saya memang takder deco-deco.
Makcik ni memang kaku sikit bab deco ni.

Besides kerjae buang bekas2 kosong, tugas penting lain adalalah cleaning.
Seronok tengok dinding dan lantai berkilat.


Before


After



Hopefully lepas ni i can maintain schedule and this condition.
Jom cuci-cuci.

Monday, March 31, 2014

Buku Mudahnya Mengemas : Tinggal 3 Buah Lagi



Tinggal 3 Unit Je lagi.

Cepat-cepat.
Siapa cepat dia dapat.

Wassap Mama Lynd: 0196038353

Friday, March 28, 2014

Musim Spring Cleaning

Assalamualaikum.
Jumaat dah hari ni.

Walaupun saya dah lama tak buat entry tapi hari-hari blog walking.
Tak kisah lah tempatan ke obersi.
Tapi kan sekarang ni memang musim spring cleaning kat blog-blog kesayang hamba ni.







Waaaaa... Rasa nak balik kemas rumah..
Ok kenapa plan dulu.
Macam Jane buat.
Buat list dulu..

Sapa nak join saya?