Thursday, June 5, 2014

Jom Kemas-Kemas Mainan Anak

Assalamualaikum.
Selamat datang Syaaban.
Semoga Ramadhan sempat ku sambut.

Entry takder apa sangat.
Just nak share kemas-kemas spontan last weekend night.
Kalau citer pasal mainan anak ni.
Memang gerun.
Pantang nampak elok sikit, mesti dipunggah.
Bagaikan satu dosa mainan tu tersusun elok,
dan bagaikan kepuasan tidak terhingga bila mainan tu di tunggang terbalik.
Dan di biarkan berlonggakan.
Ouhhh anak..

Nak susun elok-elok macam bilik Qaleef Aty Fareed ni?


Boleh.
Tapi lepas susun, tutup pintu, kunci.
Gerenti kemas sampai bila-bila.

Sebab dah mati kutu tak tau nak susun camner.
Sudahnya sorok.
Letak mainan skit2 je.
Pastu kemas store jumpa la kotak2 mainan tu.
Rasa macam nak buang je semua.
Tapi macam tak kanak-kanak plak rumah kalau takde mainan.
Kang tiba2 nak guna melilau cari.
(So far tak pernah lagi jadi keadaan cari mainan ni)

So memandangkan tak bleh tido.
Saya keluarkan semua mainan.





Sorting yang mana nak buang and nak simpan.
Then letak dalam kotak ikut kategori.
Dan taknak letak dalam banyak2 kotak saya guna 1 kotak tapi buat partition.


Siap.
Letak balik dalam store.
Hehehehe..
Kejam punyer mak.

Tak dapat mainan, dipunggah pulak baju lama.
Takper la nak.
Mak redha.

3 comments:

  1. salam kenal...mumme suka deko2 dan organize2 stuff...good idea buat partition tu...

    ReplyDelete
  2. pernah terlintas idea ni...hihihi

    ReplyDelete
  3. hahahaha...gelak pasal lepas kemas kunci pintu tu.. aty pernah buat hokeh...hahahahaha..memang tak tahan kan.. budak ni memang tak ley tengok bende tu tersimpan kemas.. sakit hati gamaknya..;p
    baru2 ni aty kemas2 menan anak..yang display2 tu semua aty bungkus2..ada yang nak bagi orang..ada simpan dalam stor.. lapaaaannggg jer rasa...hahaha..kejam mak nya...

    ReplyDelete